Monday, February 1, 2010

Pekida Ranting Teluk Bulang Mengutuk Serangan Terhadap Rumah Ibadat ///

Terkejut dan mengecewakan apabila ada pihak yang tidak berakal dan terlampau cetek ilmu menyerang rumah rumah ibadat...amat mengecewakan penemuan empat kepala babi hutan di dua masjid di Petaling Jaya Rabu lepas dan yang terkini beberapa hari lepas percubaan membaling botol api gagal di surau taman nuri dan menyebabkan sebuah rumah bersebelahan surau tersebut yang menjadi mangsa dari kebodohan manusia...

Penemuan kepala Babi hutan dengan wang tunai rm1 sebanyak 30 keping merupkan satu sabotaj pihak tertentu yang mengambil kesempatan ke atas isu Kalimah Allah bulan lepas begitu juga botol apiyang di baling ke gereja...

Rasullullah S.A.W telah berpesan dan jangan kamu sesekali menyerang rumah rumah ibadat penganut agama lain dan jangan kamu sesekali menghina agama lain...mengapa Rasullullah melarang umat islam bebrbuat demikian ini kerana jika kita menghina agama lain maka orang akan menghina agama kita jika kita menyerang rumah ibadat agama lain orang lain akan menyerang rumah ibadat kita...maka umat silam di seluruh malaysia mengutuk sekeras kerasnya serangan ke atas rumah ibadat...